fbpx

Disiplin rapuh punca Selangor Red Giants tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN wakil Malaysia, SRG tewas pada perlawanan pembukaan Kejohanan Dunia M6 Mobile Legends Bang-Bang (MLBB) di IOI City Mall, Putrajaya sebentar tadi.

PUTRAJAYA – Hasrat Selangor Red Giants (SRG) untuk mencipta kemenangan pertama mereka dalam Kejohanan Dunia M6 Mobile Legends Bang-Bang (MLBB) berkecai selepas tumbang di tangan pasukan Turkiye, S2G Esports di IOI City Mall, Putrajaya sebentar tadi.

SRG yang juga merupakan juara Liga Profesional MLBB Malaysia (MPL) Musim ke-14, dilihat mampu menamatkan perlawanan dengan mudah setelah dua kali mendapatkan ‘Lord’ dan memusnahkan hampir semua ‘Tower’ lawan.

Namun, disiplin yang goyah menjadi punca utama mereka gagal menembusi pertahanan terakhir S2G, yang berjaya bertahan dan bangkit dengan strategi lebih ampuh.

Perlawanan yang berlangsung selama 19 minit itu menyaksikan S2G memanfaatkan kesilapan SRG untuk mencatat kemenangan 14 ‘kills’ berbalas 10.

Ketua jurulatih SRG, Michael Angelo Bocado (Arcadia) mengakui kecewa dengan keputusan tersebut selepas merasakan kemenangan sepatutnya menjadi milik mereka selepas mendominasi perlawanan dengan cukup baik.

“Perlawanan hari ini sangat mengecewakan. Kami bukan kalah kerana kesilapan besar, tetapi kerana kurang disiplin. Ini pengajaran penting buat kami menjelang aksi seterusnya,” katanya sejurus tamat perlawanan.

PASUKAN S2G meraikan kemenangan sejurus menumbangkan pasukan SRG.

Sementara itu, ketua jurulatih S2G, Ren Paolo Villanueva (Pao) mendedahkan bahawa pasukannya telah membuat persiapan rapi menghadapi SRG dan sedar mereka akan berdepan tentangan cukup sengit.

“Kami sudah melakukan kerja rumah dan memahami corak permainan mereka. Pengalaman melatih di Malaysia sebelum ini memberi kelebihan kepada saya,” ujar Villanueva.

Kejohanan Dunia M6 2024 berlangsung di ibu negara dari 28 November hingga 15 Disember 2024, dengan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak AS$1 juta.

Format baharu kejohanan ini menggunakan peringkat swiss di mana setiap pusingan akan melibatkan cabutan kumpulan dan 16 pasukan akan bertanding dalam lima pusingan. Lapan pasukan yang mencapai tiga kemenangan di peringkat swiss
akan mara ke Pusingan Knockout, manakala lapan pasukan yang mencatatkan tiga kekalahan akan disingkirkan.

Pusingan kedua kejohanan ini akan berlangsung dari 8 hingga 15 Disember, dengan format upper bracket dan lower bracket, menuju ke final yang akan menentukan juara dunia MLBB. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI