fbpx

‘Buli di set penggambaran memang berlaku, saya pernah nampak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIQ YUSOF

PETALING JAYA – Pernah menjadi saksi kes buli di set penggambaran, pengarah Syafiq Yusof menyarankan syarikat produksi memastikan persekitaran kerja bebas dari gejala tidak sihat itu.

Syafiq atau nama lengkapnya Mohd. Syafiq bin Mohd Yusof, 31, berkata apabila ada pemantauan serta sikap tolak ansur antara semua pihak pastinya masing-masing dapat bekerjasama dengan baik.

“Isu buli di lokasi penggambaran hakikatnya memang berlaku kerana saya sendiri pernah nampak antara pelakon lama dan artis baharu.

“Cuma adalah menjadi tanggungjawab syarikat produksi termasuk penerbit dan pengarah untuk memastikan tiada gejala seperti ini di set mereka.

“Pihak produksi kena wujudkan suasana kerja yang kondusif serta mesra sekali gus membolehkan semua tenaga kerja terutama pelakon cepat serasi seterusnya melicinkan lagi kerja penggambaran,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pengarah Polis Evo 3 itu turut mengakui ada dalam kalangan pelakon baharu tidak memahami konsep penggambaran yang memerlukan tumpuan penuh ketika bekerja.

Kata sutradara yang tercalon dalam di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) itu, segelintir bakat baharu tidak mempunyai kesabaran apabila perlu bekerja dalam tempoh panjang.

“Penggambaran filem dan berada di set rakaman konten TikTok tidak sama, tetapi mereka ini seolah-olah sukar untuk faham.

“Buat filem atau drama memang perlukan kesabaran yang tinggi kerana ada kalanya perlu bekerja dari pagi hingga ke pagi esoknya.

“Sudah tentu kita bukan sahaja perlukan kesabaran. Stamina juga kena tinggi, jika lembik atau tak sabar sudah tentu memberi kesan kepada pelakon lain, kru serta keseluruhan penggambaran,” ujarnya

Terdahulu, isu buli menjadi topik hangat apabila beberapa pelakon muda mengakui pernah berdepan insiden dibuli ketika menjalani penggambaran.

Susulan itu Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menggesa mana-mana pihak yang merasakan mereka dianiaya atau dibuli dalam industri seni tanah air agar membuat laporan polis.

Fahmi berkata, dia sudah meneliti isu itu dan menasihatkan agar semua pihak mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI