fbpx

Banjir kali ini dijangka lebih teruk berbanding 2014 – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid memberitahu, kerajaan meramalkan bencana banjir kali ini terutama di Pantai Timur lebih teruk berbanding situasi tahun 2014. - GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Kerajaan meramalkan bencana banjir kali ini terutama di negeri-negeri Pantai Timur dijangka lebih teruk berbanding ‘bah kuning’ pada tahun 2014.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, jangkaan itu dibuat berdasarkan fokus dan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi (MetMalaysia).

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, pihaknya akan mengikut nasihat dan pandangan daripada MetMalaysia dalam perkara ini.

“Kita merasakan bahawa situasi yang akan berlaku berdasarkan kepada fokus dan MetMalaysia merasa lebih positif sebenarnya dalam perkara ini.

“Tetapi kita tak ambil kesempatan dalam perkara ini untuk kesiapan kita,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat kecemasan bencana banjir di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan telah bersedia lebih awal dan melakukan siap siaga termasuk mengaktifkan sistem amaran awal oleh MetMalaysia.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan memastikan semua pasukan keselamatan lebih bersedia kali ini bagi mengelak keadaan lebih teruk.

Pada masa sama, Ahmad Zahid berkata, fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku di Pantai Timur minggu depan turut memburukkan situasi banjir apabila air sungai tidak dapat keluar ke laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI