JITRA – Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat apabila seramai 180 orang daripada 58 keluarga dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah Kubang Pasu dan Sik sehingga pukul 8.15 pagi ini.
Menurut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di daerah Kubang Pasu, seramai 146 mangsa daripada 45 keluarga berlindung di empat PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun.
Bagi daerah Sik, seramai 34 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Aur.
Sementara itu, beberapa kampung di daerah Padang Terap turut dinaiki air dengan paras air semakin menaik di sesetengah kawasan.
Di Perlis, seramai 252 mangsa dipindahkan ke PPS SK Titi Tinggi, SK Guar Nangka dan SK Arau. – KOSMO! ONLINE