fbpx

Banjir: 18 sekolah Terengganu diberi cuti bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SK Tengku Ampuan Intan, Hulu Terengganu yang ditenggelami banjir hari ini.

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 18 buah sekolah di Terengganu terpaksa ditutup dan diberi cuti bencana ekoran banjir semakin memburuk hari ini.

Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata, ia melibatkan empat daerah iaitu Hulu Terengganu (enam), Kemaman (lima), Dungun (empat) dan Setiu (tiga).

“Sekolah terjejas di Hulu Terengganu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Periuk, SK Padang Setar, SK Tengkawang, SK Padang Setebu, SK Tengku Ampuan Intan dan SK Kuala Ping.

“Di Kemaman pula, sekolah terlibat ialah SK Padang Kubu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Putih, SK Pasir Gajah, SK Seberang Tayor dan SK RKT Seberang Tayor,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Jelani berkata, empat sekolah ditutup di Dungun iaitu SK Pasir Raja, SK Jongok Batu, SK Minda Talong dan SMK Kuala Jengal, manakala di Setiu melibatkan SK Sungai Las, SMK Sungai Tong serta SK Kampung Bukit Ulu Nerus. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI