fbpx

ADUN Sungai Dua dimasukkan ke wad neurologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yusni Mat Piah (dua dari kanan) melawat Muhammad Fauzi yang kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff kini dirawat di wad neurologi Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengadu kurang sihat semalam.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, Mohd. Yusni Mat Piah berkata, Muhammad Fauzi mula tidak sihat kira-kira pukul 4 petang semalam semasa berada di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

“Muhammad Fauzi berasa kebas pada tangannya, jadi dia terus mendapatkan pemeriksaan dengan pegawai perubatan di bangunan DUN semalam,” katanya di sini hari ini.

Mohd. Yusni yang melawat Muhammad Fauzi di HPP hari ini berkata, dia difahamkan tekanan darah Muhammad Fauzi sangat tinggi, hampir mencecah 200 ketika itu dan dia segera dibawa ke HPP dari DUN.

”Muhammad Fauzi dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut.Imbasan MRI akan dibuat petang ini kerana dikatakan terdapat sedikit bengkak pada bahagian otak Muhammad Fauzi,” katanya.

Tambahnya, keadaan Muhammad Fauzi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua kini stabil dan dipantau di wad neurologi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI