fbpx

ACL2: Kinoshi enggan guna alasan masa persiap Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KINOSHI (kanan) sedar kualiti dimiliki Muangthong menyebabkan Selangor perlu memberikan aksi terbaik untuk memenangi perlawanan. - FB SELANGOR FC

TEMPOH singkat bersama pasukan bukan menjadi masalah buat pengendali baharu Selangor FC, Katsuhito Kinoshi untuk membentuk skuad terkuat bagi berdepan Muangthong United pada aksi Liga Juara-Juara 2 (ACL 2) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam ini.

Bagaimanapun, bekas penolong jurulatih skuad kebangsaan Serbia itu akui kelab Thailand tersebut mempunyai kualiti sekali gus menjadikan perlawanan kali ini sesuatu yang menarik untuk disaksikan.

“Saya beritahu kepada pemain yang mereka ada kekuatan untuk bermain, jadi mereka boleh gunakan semua perkara itu untuk tunjukkan kemampuan. Saya gembira dengan skuad yang ada.

“Kita boleh jangkakan perlawanan yang menarik kerana Muangthong United juga bagus, jadi kami kena bersiap sedia lebih rapi untuk menentang lawan berkualiti. Sekarang kami bersedia dan fokus kini lebih menjurus kepada diri kami sendiri,” katanya.

Gergasi Merah kini berada di tangga kedua Kumpulan H dengan tujuh mata dan bintang importnya, Alvin Fortes sedar cabaran menanti pasukan selepas ini khususnya untuk melunaskan permintaan jurulatih.

“Kami ada peluang untuk layak dan perlu ambil peluang ini. Seperti jurulatih katakan, kami akan bermain untuk tiga mata dan akan berjuang sehingga minit terakhir,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI