fbpx

UiTM teliti semula, kukuh prosedur aktiviti beruniform

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah meneliti semula dan memperkukuhkan prosedur berkaitan latihan dan mekanisma pemantauan berkaitan dengan aktiviti kokurikulum badan beruniform.

UiTM dalam kenyataannya memaklumkan, langkah proaktif tersebut susulan laporan kematian seorang pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) universiti tersebut pada 13 November lalu.

Katanya, pengurusan UiTM turut memandangkan serius kejadian tersebut.

“Kita menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Siasatan di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk melakukan siasatan lanjut berhubung kes ini.

” Pihak UiTM memberi jaminan penuh untuk memberikan kerjasama sepenuhnya berhubung siasatan insiden ini kepada pihak berkuasa,” katanya.

Jelasnya, UiTM komited dalam memastikan keselamatan dan kebajikan setiap pelajarnya sentiasa diutamakan.

“Pihak pengurusan universiti berasa amat sedih di atas kejadian ini dan menzahirkan takziah serta rasa simpati yang mendalam kepada keluarga pelajar,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim memaklumkan pihaknya akan mengeluarkan kenyataan akhbar berkaitannya.

Terdahulu, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan pihaknya akan mendapatkan laporan penuh daripada sebuah universiti tempatan berhubung kes tersebut sebelum tindakan lanjut diambil.

Hari ini, sebuah portal melaporkan seorang pelatih Palapes daripada sebuah universiti tempatan meninggal dunia pada 13 November lalu selepas bapa mangsa mendakwa anaknya didera secara fizikal.

Memetik laporan media, bapa mangsa turut mendakwa anaknya mengalami pelbagai penderaan termasuk dipijak dada serta dipaksa melakukan pelbagai aksi termasuk seperti kuda dan ditunggang oleh jurulatih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI