fbpx

Tukang gunting rambut didakwa miliki 900 liter air ketum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAMAL Mirdad (kanan) didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini atas pertuduhan memiliki air ketum seberat 900 liter, Jumaat lalu.

IPOH – Seorang tukang gunting rambut dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki air ketum seberat 900 liter di sebuah rumah di Pakatan Jaya dekat sini, Jumaat lalu.

Tertuduh, Jamal Mirdad Khairuddin, 41, mengangguk faham selepas pertuduhan ke atasnya itu dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret S. Punitha. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki cecair mitragynine sebanyak 900 liter yang disenaraikan dalam Jadual Pertama dan Ketiga (Bahan-bahan Psikotropik) Akta Racun 1952 di sebuah rumah di Pakatan Jaya, Ipoh pada pukul 12.10 tengah malam, 22 November 2024.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Vatchira Wong Rui Fern mencadangkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin namun Nor Izawani Ahmad Jalaludin daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) memohon jaminan rendah dikenakan terhadap lelaki itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI