TIDAK menjaja cerita peribadi apatah lagi memburuk-burukkan bekas pasangan. Sepertinya bukan semua pasangan yang bercerai mempraktikkan prinsip tersebut tetapi berbeza buat Emma Maembong. Kekal tenang meski melalui fasa perceraian dengan bekas suami, Shazli Azhar, dia membuktikan perpisahan bukan pengakhiran sebuah kehidupan khususnya untuk golongan wanita. Tidak sama seperti segelintir selebriti yang berpisah, pemilik nama penuh Fatimah Rohani Ismail itu terus mengunci mulut sekali gus menutup segala cerita gelap tentang rumah tangganya kepada umum meski diasak bertubi-tubi khalayak termasuk pihak media.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya