fbpx

Sistem radio MotoGP undang bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAGNAIA mengakui sistem radio yang bakal diperkenal mengganggu keselesaannya di atas jentera. - AFP

BARCELONA – Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia menyatakan kegusarannya terhadap penggunaan sistem radio baharu yang diperkenalkan oleh Dorna setelah menjalani ujian di Litar Catalunya minggu lalu.

Sistem radio yang digunakan dalam perlumbaan Formula Satu (F1) itu, membolehkan komunikasi dua hala antara pelumba dan pasukan dan komponen baharu tersebut dilihat masih belum bersedia untuk digunakan dalam perlumbaan sebenar.

Bagnaia menegaskan bahawa sistem tersebut bukan sahaja tidak berfungsi dengan baik, malah boleh mendatangkan bahaya kepada pelumba di dalam litar.

“Saya telah mencuba sistem ini dan ia masih belum bersedia sepenuhnya. Semasa ujian, saya tidak mendengar apa-apa kerana ia tidak berfungsi dengan betul.

“Tambahan pula, kabel sambungan yang digunakan agak besar dan mengganggu pergerakan. Ini boleh mendatangkan bahaya kepada pelumba,” kata Bagnaia.

Ujian sistem radio ini telah mendapat reaksi pelbagai daripada pelumba lain yang turut mencubanya sepanjang musim ini.

Bagnaia sebelum ini sudah pun melahirkan rasa kurang senangnya terhadap sistem tersebut semasa ujian di Misano, September lalu.

“Saya lebih rela menerima penalti daripada menggunakan sistem ini. Ia sangat menyakitkan kerana kabel yang dipasang sangat ketat dan menjejaskan keselesaan semasa menunggang,” tambah Bagnaia. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI