fbpx

Premis ‘pilih kasih’ jual minyak masak peket diserbu KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KPDN Cawangan Manjung melakukan pemeriksaan di premis perniagaan di Sitiawan tersebut hari ini. - Foto IHSAN KPDN

MANJUNG – Sebuah premis perniagaan di Sitiawan di sini yang menjual minyak masak peket kepada pelanggan tertentu dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) hari ini.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemeriksaan dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam.

Beliau berkata, bagi mengesahkan maklumat itu, satu tindakan operasi penyamaran melalui Ops Samar dilakukan.

“Hasil uji beli, didapati peniaga cuba menafikan keberadaan barang kawalan tersebut dengan memaklumkan minyak masak peket 1 kilogram (kg) sudah habis.

“Anggota penguat kuasa yang melakukan pemeriksaan menemui sebanyak 82 peket minyak masak di stor premis berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Kamalludin berkata, melalui aduan diterima, premis tersebut hanya menjual barangan itu kepada peniaga restoran berhampiran.

Tindakan menyita 82kg minyak masak bernilai RM205 dilakukan dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI