fbpx

Pelatih Palapes meninggal dunia, KPT tunggu laporan pihak universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry bercakap kepada media selepas hadir di Festival Idea Putrajaya 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini. FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR

PUTRAJAYA- Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan laporan penuh daripada sebuah universiti tempatan berhubung kes seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) yang dilaporkan meninggal dunia pada 13 November lalu.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, ketika ini, pihaknya masih menunggu laporan berkaitan daripada pihak universiti berkenaan sebelum tindakan lanjut diambil.

“Kita akan tunggu laporan daripada pihak ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sidang Idea Malaysia (MyIDEAS) sempena Festival Idea Putrajaya (FOI) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Hari ini, sebuah portal melaporkan seorang pelatih Palapes daripada sebuah universiti tempatan meninggal dunia pada 13 November lalu selepas bapa mangsa mendakwa anaknya didera secara fizikal.

Memetik laporan media, bapa mangsa turut mendakwa anaknya mengalami pelbagai penderaan termasuk dipijak dada serta dipaksa melakukan pelbagai aksi termasuk seperti kuda dan ditunggang oleh jurulatih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI