fbpx

Nikahi skandal, Nissa Sabyan kena lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERMULA dengan skandal, Ayus dan Nissa kini sudah sah menjadi suami isteri.

GARA-GARA tersebar berita mengahwini Ayus yang pernah didakwa ada skandal dengannya, penyanyi Nissa Sabyan berterusan diserang netizen.

Laman sosialnya menjadi lubuk kutukan orang ramai yang marah kerana pernikahan itu secara tidak langsung mengesahkan dia menjalin hubungan sulit dengan lelaki itu.

Berita perkahwinan kedua-dua anggota kumpulan Sabyan yang berlangsung sekitar Julai lalu itu baru sahaja terbongkar sekali gus mengundang pelbagai reaksi.

Sekitar 2021 tercetus berita skandal antara Nissa dengan Ayus yang juga suami kepada sahabat baik penyanyi itu, Ririe.

Hubungan mereka terbongkar selepas adik kepada Ayus menemui mesej ‘cinta’ antara abangnya dengan Nissa.

Sehingga kini Nissa tidak memberikan kenyataan atau membalas kutukan netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI