PETALING JAYA – Seramai 21,994 mangsa banjir terdiri daripada 6,643 keluarga dilaporkan di tujuh negeri dilanda bah setakat pukul 7.04 malam ini.
Menerusi data laman web Info Bencana JKM, daripada jumlah tersebut, Kelantan mencatatkan mangsa tertinggi seramai 19,489 orang terdiri daripada 5,807 keluarga.
“Ia diikuti oleh Terengganu dengan 2,402 mangsa daripada 809 keluarga, 37 mangsa daripada lapan keluarga di Perlis serta 28 mangsa daripada lapan keluarga di Johor.
“Seterusnya, 20 mangsa daripada tujuh keluarga di Perak dan 18 mangsa daripada empat keluarga di Sarawak,” menurut data tersebut.
Pada masa ini sebanyak 208 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di negeri terjejas banjir bagi penempatan mangsa tersebut. – KOSMO! ONLINE