fbpx

Lari bertempiaran sebab sangka operasi Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MD. Zaki (dua dari kiri) membuat pemeriksaan harga ke atas seorang peniaga ikan di Kompleks Pasar Besar Meru, Klang, hari ini-FOTO/AFIQ RAZALI

KLANG – Gara-gara menyangka operasi Imigresen menyebabkan puluhan warga asing bertempiaran lari mengelak ditangkap dalam kejadian di Pasar Besar Meru, hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi menyebabkan ada segelintir warga asing melarikan diri hanya dengan berkaki ayam sahaja.

Sebaliknya, operasi mengejut tersebut dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk membuat pemeriksaan perlesenan, harga barang keperluan, pematuhan tanda barang bersama Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

Ketua Sektor Pencegahan Seksyen Penguatkuasa KPDN Selangor, Md. Zaki Abd. Samad berkata, sebanyak 350 premis telah diperiksa termasuk menjual ayam, daging dan sayuran
bagi memastikan pematuhan peniaga terhadap kesemua peraturan yang ditetapkan KPDN dan MBDK.

“Kita berjaya mengesan 11 kesalahan dengan tujuh daripadanya berkaitan
Akta Timbang Dan Sukan 1972 selain Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (3 kes) dan satu kes bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

“MBDK pula melibatkan tiga kes mengikut Undang-Undang Kecil Pasar (Majlis Perbandaran Klang) 2007,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau menambah, MBDK turut menyita hasil laut selepas perniagaan itu diusahakan warga asing.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI