fbpx

Kereta terbang dari jambatan tak siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kereta terjatuh dari jambatan setinggi 9.14 meter. - Foto PTI

NEW DELHI – Tiga lelaki terbunuh selepas kereta dinaiki mereka terjatuh dari sebuah jambatan setinggi 9.14 meter yang belum siap sepenuhnya, selepas menggunakan aplikasi Sistem Panduan Sejagat (GPS), lapor laman berita Daily Mirror semalam.

Kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke Bareilly, negeri Uttar Pradesh selepas menghadiri majlis perkahwinan apabila kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.30 petang (waktu tempatan), Sabtu lalu.

Kenderaan tersebut dilaporkan mahu menyeberangi Sungai Ramganga apabila ia terjatuh dari jambatan itu.

Mayat-mayat mangsa terperangkap di dalam kereta dan hanya ditemui sehingga kira-kira pukul 9.30 pagi (waktu tempatan) keesokan harinya.

Polis mendapati bahawa aplikasi GPS mengarahkan pemandu menggunakan jambatan tersebut, manakala dia tidak menyedari kerja-kerja pembaikan masih belum selesai. 

Pada tahun 2022, banjir telah menyebabkan bahagian hadapan jambatan tersebut runtuh ke dalam sungai tetapi aplikasi Google Maps tidak melakukan kemas kini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI