fbpx

Kedai runcit enggan jual minyak masak diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nizam (kanan) memeriksa minyak masak peket bersubsidi yang disorok di dalam stor sebuah kedai runcit di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah membongkar kegiatan peruncit warga asing menjual barang kawalan tanpa permit sah menerusi Ops Kita Gempur di Jalan Ibrahim, di sini hari ini.

Operasi yang menyasarkan beberapa kedai runcit itu turut mengesan pelbagai kesalahan lain antaranya tiada tanda harga, penyalahgunaan alat timbang telah tamat tempoh dan enggan menjual minyak masak kepada pelanggan.

Pengarah KPDN Negeri, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, kedai runcit dikendalikan warga asing itu mengelak apabila disoal dan mendakwa hanya bekerja sambilan di premis itu.

“Dua kedai dipercayai milik warga asing itu dikesan menyimpan minyak masak peket bersubsidi di stor mereka dan didapati enggan menjual kepada pelanggan semasa uji beli dilakukan oleh pegawai KPDN yang menyamar.

“Kita sedang menyiasat sama ada minyak masak peket bersubsidi itu dijual kepada pelanggan tertentu sahaja kerana ia menyalahi Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kata beliau, Ops Kita Gempur itu dijalankan sejak semalam di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu sebelum daerah Kuala Muda, hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI