fbpx

Kedah harap penutup LTdL dibuat di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Kerajaan negeri akan berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi membolehkan penganjuran acara penutup Le Tour de Langkawi (LTdL) dilakukan di Langkawi.

Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan negeri, Muhammad Radhi Mat Din berkata, langkah tersebut mampu menyemarakkan lagi sambutan Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK 2025).

“Le Tour de Langkawi kebiasaannya bermula di Langkawi tetapi kita mengambil kira tentang keadaan masa terlalu singkat untuk pelumba dan petugas-petugas berada di Langkawi.

“Jadi atas kapasiti itu, kita mengambil kira cadangan agar penutup Le Tour de Langkawi (diadakan) di Langkawi,” katanya ketika sesi penggulungan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI