fbpx

Isteri mengandung, lelaki muda gatal nak kahwin dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ujian rumah tangga bagi setiap pasangan hadir dalam bentuk yang berbeza termasuklah ketika isteri sedang mengandung dan suami bertindak menyukai wanita lain semata-mata mahukan perhatian lebih.

Seperti kisah yang dikongsikan seorang lelaki berusia 31 tahun, dia mengakui sudah jatuh hati dengan kenalannya apabila wanita itu sering mengambil berat tentang keadaan isterinya yang jauh lebih berusia.

“Saya sudah berkahwin dua tahun, isteri sedang mengandung anak pertama kami. Saya 31 tahun dan isteri 44 tahun.

“Saya berkenalan dengan seorang wanita ini dan secara tak sedar, timbul rasa sayang pada wanita ini kerana dia mengambil berat tentang isteri saya,” katanya dalam satu luahan di Facebook.

Dipendekkan cerita, lelaki itu berkata, wanita tersebut juga telah bersetuju untuk menjadi isteri kedua selain mempunyai perasaan sama terhadapnya.

“Saya ada bercadang untuk beritahu isteri tentang perkara ini, cuma saya tak sampai hati sebab dia sedang mengandung anak
pertama kami,” luahnya.

Lelaki itu turut meminta pandangan orang ramai tentang tindakan sewajarnya yang perlu dilakukan.

“Apa nasihat, pandangan untuk situasi saya ini
ya?,” soalnya.

Bagaimanapun, di ruangan komen ramai yang mengecam tindakan lelaki tersebut dan rata-ratanya meminta untuk bakl bapa itu untuk memikirkan pengorbanan besar isterinya mengandung anak mereka selain kemanisan sepanjang dua tahun perkahwinan.

“Tak akan dua tahuj dah bosan? Tak kesian pada isteri sakit tahan alahan mengandung, bawa perut besar ke sana ke sini, kau senang-senang fikir perempuan lain. Suami jenis apa? Bangga kahwin nak kahwin ramai?,” tegur Namee.

“Zaman sekarang cukup kau setiap dan menjaga seorang isteri. Hidup zaman sekarang ‘keras’, silap-silap kau kahwin dua jatuh muflis, tertekan kos hidup jauh lebih tinggi,” kata Syahbudin.

“Kalau suami aku ada niat begini, aku sendiri angkat kaki dan pergi,” kata Jane. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI