fbpx

Dataran Kampung Bantal tenggelam, air Sungai Tembeling melimpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pemilik premis perniagaan menyimpan peralatan perniagaan setelah air Sungai Tembeling melimpah ke dataran niaga malam semalam.

JERANTUT – Kewujudan banyak ikan lik di Sungai Tembeling sejak beberapa hari lalu yang menjadi petanda banjir menjadi kenyataan apabila air sungai itu melimpah hingga ke paras pinggang di sekitar dataran perniagaan Kampung Bantal, ulu Tembeling sejak malam semalam.

Kawasan tersebut mula dilimpahi air pada pukul 6 petang yang mana Sungai Tembeling menunjukkan paras bahaya mencecah 105 meter menyaksikan siren amaran banjir telah berbunyi.

Keadaan itu menyaksikan pemilik-pemilik premis mengemaskan peralatan berniaga yang diletakkan ke tempat tinggi kerana kawasan itu sudah dilimpahi banjir dan sebahagian kediaman penduduk yang dipasang pelampung mula kelihatan terapung.

Namun sehingga kini tidak ada pemindahan mangsa kerana kebanyakan rumah penduduk di situ termasuk sekolah, klinik kesihatan dan masjid terletak di kawasan tinggi.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI