fbpx

Changlun dilanda banjir akibat hujan berterusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM memantau salah sebuah rumah yang terjejas banjir di Kampung Nangmah, Changlun hari ini. Foto APM

CHANGLUN – Hujan berterusan sejak semalam mengakibatkan kira-kira 10 buah rumah di Kampung Nangmah, di sini dilanda banjir sejak pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd. Adenin Suhaimi berkata, setakat ini sebanyak 10 rumah terjejas dengan paras air mula naik pada pukul 6 pagi.

“Punca banjir disebabkan hujan berterusan dan pemantauan menunjukkan trend air semakin menaik dengan ketinggian mencecah 1.2 meter.

“Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) masih membuat pemantauan di lokasi dan dalam keadaan bersiap sedia.
Mangsa banjir dinasihatkan untuk berpindah ke tempat selamat,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Selain itu, beberapa jalan dan kawasan sekitar Changlun turut dinaiki air.

Sementara itu, Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu dan Sungai Sari dalam daerah Padang Terap berada pada paras bahaya dengan trend menaik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI