PETALING JAYA – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah melancarkan semula Program Prihatin Banjir bagi membantu pelanggan yang terlibat dalam bencana banjir di beberapa buah negeri di Pantai Timur.
Bagi pelanggan Pembiayaan Rumah, Peribadi dan Kenderaan-i yang terkesan akibat bencana ini boleh memohon penangguhan ansuran bulanan sehingga enam bulan, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Selain itu, Bank Islam turut menawarkan penggantian kad kredit, kad debit-i dan buku cek yang
rosak atau hilang secara percuma.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Islam, Datuk Mohd. Muazzam Mohamed berkata, “pihak bank sentiasa memantau situasi terkini di semua kawasan yang terjejas dan turut prihatin
terhadap cabaran yang dihadapi pelanggan.
“Sehubungan itu, kami mengambil tindakan proaktif untuk memastikan proses dokumentasi dan kelulusan mudah tidak membebankan mereka.
“Kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi keutamaan Bank Islam. Oleh itu, kami berharap
Program Prihatin Banjir dan Kemudahan Bantuan Bencana untuk PKS yang terjejas dapat
membantu meringankan kebimbangan pelanggan terhadap komitmen kewangan mereka dalam
waktu yang sukar ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Bagi membantu perniagaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) yang terjejas akibat banjir, Bank
Islam menawarkan program pembiayaan Kemudahan Bantuan Bencana untuk PKS yang
terkesan di kawasan bencana banjir yang telah dikenal pasti oleh Agensi Pengurusan Bencana
Negara (NADMA).
Di bawah kemudahan ini, PKS yang layak boleh mendapatkan pembiayaan untuk membaik pulih atau menggantikan aset perniagaan mereka, seperti kilang dan mesin yang rosak akibat banjir serta menyediakan modal kerja yang diperlukan.
Sementara itu, moratorium sehingga enam bulan turut disediakan untuk pelanggan PKS Bank
Islam sedia ada yang terjejas di kawasan yang dikenal pasti oleh NADMA.
Bantuan kewangan ini terbuka kepada semua kemudahan kredit dengan pembayaran berjadual atau berdasarkan kontrak, khususnya Kemudahan Pembiayaan Berjangka, Kredit Berpusing & Kemudahan Garis Tunai serta Kemudahan Perdagangan.
“Kesejahteraan komuniti sentiasa menjadi keutamaan Bank Islam. Oleh itu, kami berharap
Program Prihatin Banjir dan Kemudahan Bantuan Bencana untuk PKS yang terjejas dapat
membantu meringankan kebimbangan pelanggan terhadap komitmen kewangan mereka dalam
waktu yang sukar ini,” tambah beliau.
Permohonan untuk bantuan kewangan di bawah Program Prihatin Banjir boleh dibuat di
cawangan Bank Islam terdekat dalam tempoh tiga bulan insiden. -KOSMO! ONLINE