fbpx

Banjir: Tangki air rumah roboh dalam kejadian tanah runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia menunjukkan keadaan tanah runtuh yang merobohkan tangki air rumah penduduk di Kampung Lemal, Pasir Mas hari ini.

PASIR MAS – Tangki air di kawasan rumah seorang warga emas yang terletak berhampiran tebing Sungai Kelantan di Kampung Lemal di sini roboh dalam kejadian tanah runtuh susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Ab. Aziz Che Seman, 64, berkata, dia menyedari kejadian itu semasa pulang daripada menunaikan solat Subuh di sebuah surau yang berdekatan rumahnya.

Menurutnya, kejadian itu turut menyebabkan tempat letak kereta yang berada berhampiran rumahnya menunggu masa untuk runtuh.

“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sudah hadir ke kawasan rumah saya untuk melihat keadaan runtuhan tanah itu.

“Mereka menyarakan kami sekeluarga agar segera berpindah ke kawasan lebih selamat,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Ab. Aziz memberitahu, dia bagaimanapun memilih untuk terus tinggal di rumah tersebut meskipun tahu hakisan tanah sudah berlaku di kawasan itu sejak tiga tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI