fbpx

Banjir: 50 penduduk rela tinggal di masjid daripada pindah ke PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk yang berlindung di Masjid Al-Majeed, Kampung Banggol Pak Esah dekat Pasir Puteh selepas rumah mereka ditenggelami banjir hari ini.

PASIR PUTEH – Seramai 50 penduduk Kampung Banggol Pak Esah di sini lebih rela berlindung di Masjid Al-Majeed di sini daripada berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka terjejas banjir hari ini.

Seorang penduduk, Siti Nadia Mohamad, 28, berkata, penduduk mencari kawasan tinggi memandangkan air naik terlalu cepat selain memerlukan khidmat pasukan penyelamat untuk memindahkan mereka ke pusat pemindahan sementara (PPS) berdekatan.

Justeru, penduduk mengambil langkah mudah dengan berlindung di Masjid al-Majeed buat sementara waktu.

“PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamil terletak agak jauh dari kampung kami. Jadi, kami lebih rela tinggal di masjid sekiranya kawasan ini masih belum dinaiki air.

“Buat masa ini, paras banjir melanda kampung ini mencecah 1.2 meter apabila ruang dalam rumah sudah tidak selamat untuk dihuni,” katanya.

Siti Nadia memberitahu, keadaan banjir semakin buruk melanda Kampung Banggol Pak Esah sejak jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dibina di kawasan tersebut.

Seorang lagi penduduk, Abdul Ghafar Hassan, 34, berkata, pihak ECRL sepatutnya mengambil kira jumlah air di kawasan tersebut setiap kali banjir sebelum mereka bentuk laluan pembetung di kawasan tumpuan laluan air.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI