fbpx

Banjir: 1,300 pengguna terjejas bekalan air, AKSB tutup LRA di Teluk Mesira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air sungai yang melimpah di atas jalan raya di Kampung Jerus, Pasir Puteh. FOTO KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) terpaksa menghentikan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Teluk Mesira, Bachok dekat sini selepas kawasan itu ditenggelami banjir.

Jabatan Korporat AKSB dalam satu kenyataan berkata, keadaan itu menyebabkan 1,300 pengguna di Teluk Mesira, Taman SPP, Kampung Jembal, Tok Jawa, Budi, Pintu Gerbang, Wakaf Zin, Desa Kerian, Dusun Durian, Chicha Menyabung dan Gajah Mati terjejas bekalan air.

Menurutnya, bagaimanapun, khidmat lori tangki digunakan buat sementara waktu untuk membantu pengguna terjejas.

“AKSB juga akan membuat pemakluman kepada pengguna terlibat melalui sistem infoblast yang akan dikemaskini dari masa ke semasa,” katanya.

Kenyataan itu turut berkata, maklumat mengenai bekalan air turut dimaklumkan menerusi laman web www.airkelantan.com.my, aplikasi MyAKSB, Facebook dan Instagram.

Tambahnya, sebarang aduan boleh dilakukan menerusi di talian 15777. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI