fbpx

5 sungai utama di Kelantan melepasi paras bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Limpahan air Sungai Golok di Kampung Tersang, Rantau Panjang susulan hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

KOTA BHARU – Lima sungai utama di Kelantan melepasi paras bahaya susulan hujan lebat berterusan melanda kebanyakan kawasan di negeri ini sejak semalam.

Laman web Public Info Banjir melaporkan, Sungai Melor di Jambatan Melor, Bachok mencatatkan bacaan 9.72 meter (m) sekali gus melebihi tahap bahaya iaitu 9 m dan Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli pula berada pada paras 29.6 m.

Menurutnya, Sungai Golok di Rantau Panjang melebihi paras bahaya iaitu 10.32 m manakala Sungai Kelantan di Kampung Temangan dengan bacaan 20.21 m.

“Sungai Semerak di Pasir Puteh ketika ini mencatatkan bacaan 3.31 meter yang turut melepasi paras bahaya iaitu 3 m.

“Kelima-lima sungai itu mencatatkan trend menaik susulan hujan berterusan sejak semalam,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dalam satu kenyataan berkata, seramai 1,826 mangsa ditempatkan di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini setakat pukul 8 pagi tadi.

Menurutnya, jumlah itu melibatkan 562 keluarga dari lapan buah daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai dan Jeli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI