fbpx

28,375 mangsa banjir di tujuh negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 28,375 mangsa banjir di tujuh negeri yang terdiri daripada 8,541 keluarga dilaporkan setakat 9.44 malam ini.

Menerusi data laman web Info Bencana JKM, daripada jumlah tersebut, Kelantan masih lagi mencatatkan mangsa tertinggi seramai 24,417 orang terdiri daripada 7,291 keluarga.

“Seterusnya, diikuti oleh Terengganu seramai 3,675 mangsa daripada 1,164 keluarga manakala di Kedah melibatkan 153 mangsa daripada 50 keluarga dan 64 mangsa di Perlis daripada tujuh keluarga.

“Di Johor pula mencatatkan 28 orang mangsa daripada lapan keluarga dan 20 mangsa di Perak dengan melibatkan tujuh keluarga serta 18 mangsa di Sarawak daripada empat keluarga,” lapornya.

Pada masa ini sebanyak 257 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di negeri terjejas banjir bagi penempatan mangsa tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI