JOHOR BAHRU – Polis telah menahan seramai 174 individu ditahan atas pelbagai kesalahan dalam serbuan terhadap 16 premis sekitar Johor Bahru dan Batu Pahat bermula 16 November lalu hingga semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, Op Noda Khas yang dijalankan pihaknya itu memberi tumpuan kepada usaha membanteras aktiviti pelacuran di premis hiburan, rumah urut dan hotel.
“Semua individu yang ditahan berusia antara 18 hingga 54 tahun. Mereka terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita tempatan.
“Turut ditahan 29 lelaki warga asing daripada Vietnam, Myanmar, Filipina dan Pakistan serta 133 wanita warga asing dari Vietnam, Thailand, Myanmar, Indonesia, Laos dan China,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE