fbpx

15,904 saman dikeluarkan Ops Khas Motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA JPJ menjalankan Ops Khas Motosikal di Plaza Tol Kempas, Johor Bahru

JOHOR BAHRU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Johor mengeluarkan 15,904 saman atas pelbagai kesalahan dalam Ops Khas Motosikal mulai 1 November hingga semalam di seluruh negeri ini.

Pengarah JPJ Johor, Azmil Zainal Adnan berkata, antara kesalahan terbanyak yang dikesan ialah tiada lesen memandu kompeten (CDL) iaitu berjumlah 3,428 kes.

Katanya, ini diikuti dengan kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh (2,344), kesalahan teknikal (3,065), tiada insurans/tiada LKM 2,255 dan lain-lain kesalahan (4,812).

“Melalui analisis data OPS Khas Motosikal ini, JPJ Johor mendapati tahap kesedaran kepada pematuhan peraturan kesalahan jalan raya masih berada pada skala rendah.

“Ini dapat diperhatikan di mana, sejumlah 3,428 iaitu 22 peratus kegagalan memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan sejumlah 2,255 (14 peratus) tiada perlindungan insurans serta 2,344 (15 peratus) gagal memperbaharui/tiada LKM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmil berkata, secara keseluruhan sepanjang operasi itu sebanyak 28,158 motosikal diperiksa.

“JPJ Johor juga mengesan dan mengambil tindakan sitaan sebanyak 572 motosikal atas kesalahan tidak selamat dan tidak layak berada di atas jalan raya,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI