fbpx

Waris mangsa dilanggar pemandu mabuk terima pencen penakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SING CHUANG (tiga dari kanan) menyampaikan dokumen kepada bapa mangsa kemalangan, Mohd. Rudy Abd. Rahman di Flat Taman Cendana, Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU – Waris pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan akibat dilanggar pemandu dibawah pengaruh alkohol, 16 November lalu menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM3,000 dan Pencen Penakat dibawah Skim Keilatan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Johor.

Pengarah Perkeso negeri, Tong Sing Chuang berkata, mangsa Mohamad Redzwan Mohd. Rudi, 37 yang bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat konsesi sejak Ogos lepas, memenuhi syarat kelayakan sebagai pencarum untuk waris membuat tuntutan.

Katanya, faedah itu diserahkan kepada lima anak pasangan berkenaan iaitu Nur Aleesha Aindah,17, Mohammad Ikmal Danish,15, Nur Puteri Shahkira,14, Nur Aleesha Syahmira,12 dan Nur Aisyah Humairah, 3.

‘’Faedah penakat yang diterima anak mangsa atas nama bapa mereka ini ialah sebanyak RM857.85.

‘’Bagaimanapun, caruman bagi ibu mereka Linda Mohd A Aziz, 35, yang lima bulan bekerja sebagai pelayan restoran, tidak memenuhi syarat kelayakan dan siasatan sedang dilakukan terhadap majikan,’’ katanya.

Pada 16 November lalu, pasangan suami isteri itu maut selepas motosikal jenis Honda Vario yang ditunggang dirempuh Perodua Alza dipandu pemandu mabuk berusia 34 tahun di simpang empat lampu isyarat di Jalan Besar/Jalan Mesjid, Pasir Gudang di sini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI