fbpx

Wanita parah, tiga beranak cedera kereta elak babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAYI lelaki yang terlibat dalam nahas mengalami bengkak dan kecederaan di kepala.

ALOR GAJAH – Seorang wanita parah, manakala tiga beranak termasuk seorang bayi cedera selepas kereta yang mereka naiki terbabas ketika mengelak babi melintas di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin Rembia di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 malam itu, penumpang wanita berusia 38 tahun patah tulang pinggul dan tengkuk, manakala pemandu lelaki berusia 28 tahun cedera di bahu kanan.

Dua anak lelaki tersebut berusia empat dan dua tahun mengalami bengkak dan cedera di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian, kesemua mangsa menaiki kereta Nissan Almera dalam perjalanan dari arah Rembia menghala ke Paya Rumput untuk menghantar wanita itu pulang ke rumahnya.

“Kemalangan berlaku apabila pemandu cuba mengelak babi yang melintas secara tiba-tiba lalu menukar ke laluan kiri. Kereta tersebut kemudian terbabas dan terjatuh cerun. Kesemua mangsa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” katanya kepada pemberita hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI