fbpx

[VIDEO] ‘Moga jadi asbab sahabat hingga syurga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan menyentuh hati sekumpulan lelaki yang mengangkat rakan mereka berkerusi roda turun dari pentas mencerminkan erti sebenar persahabatan tanpa sempadan.

Menerusi sebuah perkongsian di TikTok oleh @mnaz02, kesemua mereka sedang berada di sebuah majlis perkahwinan dan naik ke pentas untuk bergambar bersama pasangan pengantin.

Selesai bergambar, mereka menuju ke tengah pentas untuk turun, dan seorang lelaki berbaju putih yang duduk di kerusi roda turut ingin turun.

Beberapa orang kawannya segera membantu dengan mencari cara yang selamat untuk menurunkan rakan mereka serta kerusi roda itu dari pentas, dengan mengangkatnya bersama-sama.

Hantaran ini telah meraih perhatian pengguna media sosial yang rata-rata terharu dan memberi pujian atas tindakan murni mereka.

“Saya memang tak nafikan, persahabatan lelaki sangat seronok dan saya hormat sangat. Masa majlis kahwin saya, ada yang datang dari Kedah naik bas dan ada yang balik pada hari yang sama. Ada yang dari Kuala Lumpur balik hari,” ujar Snhanum.

“Ini betul sahabat dunia akhirat. Bukan semua orang dapat rasa hubungan begini,” tulis Jaja.

“Sukanya tengok persahabatan lelaki. Semoga korang bersahabat sampai syurga,” komen Farhana. – KOSMO! ONLINE

@mnaz02 #sahabat ♬ suara asli – 𝐒𝐚𝐝𝐧𝐞𝐬𝐬🥀

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI