fbpx

Ular sawa 50kg ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM menangkap seekor ular sawa batik di tepi rumah penduduk di Kampung Baru Star, Gua Musang semalam. -Foto APM

GUA MUSANG – Seekor ular sawa batik seberat 50 kilogram (kg) ditangkap oleh anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Gua Musang sewaktu menjalar di tepi rumah penduduk di Kampung Baru Star, di sini semalam.

Pegawai APM Gua Musang, Mohd. Hanafi Mohd. Bokri berkata, operasi menangkap reptilia sepanjang empat meter yang mengambil masa 30 minit itu dilakukan tiga anggota APM selepas menerima aduan pada pukul 8 malam.

“Operasi agak sukar kerana ular ini bertindak agresif berkemungkinan lapar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd. Hanafi memberitahu, ular sawa batik itu akan diserah kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, penduduk, Nur Anis Haitikah, 22, berkata, haiwan tersebut berada kira-kira 100 meter dari rumahnya.

“Sudah tentu saya terkejut kerana saiznya besar. Walau bagaimanapun kami bersyukur kerana ular itu tidak sempat masuk ke dalam rumah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI