fbpx

UCL: Odegaard jadi taruhan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ODEGAARD kembali ke skuad utama Arsenal selepas terpaksa disisihkan dalam tempoh beberapa minggu ekoran masalah kecederaan buku lali. - AFP

LONDON – Kehadiran semula Martin Odegaard ke pangkuan pasukan memberikan kelegaan buat Arsenal menjelang aksi berdepan Sporting Lisbon dalam saingan Liga Juara-Juara di Lisbon awal pagi esok.

Pengurusnya, Mikel Arteta menyifatkan kehadiran Odegaard sebagai suntikan semangat buat pemain lain bagi mengembalikan semula kejayaan di pentas Eropah.

“Untuk memiliki pemain sepertinya dalam pasukan menjadi detik tepat buat sesebuah pasukan. Kita bercakap tentang persefahaman dan masa yang tepat, jadi dia adalah salah seorang yang mampu melakukannya serta memiliki kualiti mengawal tempo perlawanan.

“Saya tidak terkejut dengan apa yang Odegaard tunjukkan kerana saya dapat berjumpa dengannya setiap hari dan dia juga sentiasa mahu memberikan aksi bertenaga. Apabila dia berada dalam pasukan, kita dapat rasakan ada sesuatu yang berbeza,” katanya.

Kemenangan pastinya menjadi misi utama The Gunners selepas tewas 0-1 kepada Inter Milan pada perlawanan sebelum ini dan Arteta anggap kejayaan 3-0 ke atas Nottingham Forest juga menjadi titik penting kepada pasukan.

Kualiti yang dijelmakan Bukayo Saka, Thomas Partey dan Ethan Nwaneri juga menggembirakan Arteta sekaligus beri harapan buat The Gunners untuk perbaiki kedudukan di saingan Eropah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI