fbpx

Polis siasat traktor dipandu laju ketika banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH traktor dipandu laju ketika bah di Tenbury Wells. - Foto The Guardian/Youtube

LONDON – Polis melancarkan siasatan selepas sebuah traktor yang bergerak dalam air bah mencetuskan ‘ombak’ banjir sehingga memecahkan tingkap dan menyebabkan pintu kedai terbuka, lapor laman berita MailOnline semalam.

Kejadian berlaku di Tenbury Wells, Worcestershire, ketika traktor itu dipandu secara laju selepas Ribut Bert melanda United Kingdom.

Polis West Mercia kini menyiasat kes itu selepas melihat rakaman video mengenainya yang tersebar di media sosial.

Sebilangan pemilik perniagaan berkata, ombak yang terhasil akibat pergerakan traktor itu memecahkan tingkap premis yang sudah sedia terjejas akibat banjir.

Dalam satu kenyataan, Polis West Mercia berkata: “Kami sedang menyiasat secara aktif kejadian itu.

“Tiada tangkapan dibuat buat masa ini. Kami akan memberikan kemas kini selanjutnya” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI