fbpx

PM sumbang RM82,400 bantu mangsa banjir Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAMSUL (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan wang tunai kepada mangsa banjir dari DUN Paya Rumput dan Pantai Kundor di Dewan Bunga Tanjong, Tanjong Minyak, Melaka. -Foto oleh AMRAN MULUP

MELAKA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan bernilai RM82,400 bagi membantu seramai 313 mangsa banjir kilat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Pantai Kundor yang dilanda musibah itu, baru-baru ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin di Dewan Bunga Tanjung, Tanjung Minyak di sini, hari ini.

Shamsul Iskandar berkata, perlu ada pendekatan komprehensif daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan kerajaan negeri bagi menyelesaikan bah yang melanda dua kawasan terlibat menerusi peruntukan Belanjawan 2025 sebanyak RM600 juta.

“Perdana Menteri amat prihatin dengan bencana banjir ini dan beliau mengambil isu ini dengan serius kerana setiap kali bencana berlaku, rakyat juga yang akan terjejas.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) paling tidak, perlu menyelesaikan masalah perparitan, longkang dan sebagainya supaya saliran air berjalan dengan baik agar tidak lagi berlaku banjir kilat,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Tambah Shamsul Iskandar, mangsa banjir dinasihatkan agar berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang disediakan pihak berkuasa bagi memudahkan penyaluran pelbagai bentuk bantuan kepada mereka.

Jelasnya, mangsa tidak berpindah tetap mendapat bantuan, namun tidak sebanyak mereka yang berdaftar di PPS.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI