fbpx

Penarikan kapal TLDM tidak jejas operasi di Laut China Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled

KUALA LUMPUR – Penarikan kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) daripada status aktif operasi untuk menjalani program refit tidak memberi kesan buruk terhadap sebarang kesiagaan operasi di Laut China Selatan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihak TLDM merancang program refit dengan teratur bagi memastikan kesiagaan operasi sentiasa berada di tahap optimum.

“Bilangan kapal di sesuatu skuadron telah dijadualkan untuk menjalani program refit secara bergilir, kecuali jika berlaku sebarang kecemasan luar jangka.

“Oleh itu, kapal-kapal yang tidak menjalani refit boleh ditugaskan secara bergilir bersama aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang lain untuk mendepani sebarang insiden pencerobohan maritim di Kawasan Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan bertulis bagi menjawab soalan Komander (B) Nordin Ahmad Ismail (PN-Lumut) di Dewan Rakyat serta dimuat naik pada laman web Parlimen.

Mohamed Khaled berkata, Kementerian Pertahanan sentiasa komited melaksanakan amanah dan tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara dan memastikan kesiagaan aset berada pada tahap yang optimum dalam menghadapi sebarang bentuk ancaman keselamatan di perairan negara terutamanya di Laut China Selatan.

“Memandangkan pertahanan kita bersifat ‘complimentary’ atau saling melengkapi antara satu sama lain, pihak TLDM turut bekerjasama dengan APMM dalam mengadakan rondaan dan pengawasan dengan memperagakan kehadiran (show of presence) di Laut China Selatan.

“Pada masa sama, TLDM turut memastikan kesedaran domain maritim atau Maritime Domain Awareness (MDA) sentiasa berada pada tahap tertinggi serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI