fbpx

‘Pak guard’ curi RM200,000 dipenjara setahun, denda RM4,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhd. Fairul Fizree dipenjara setahun dan denda RM4,500 kerana mencuri wang RM200,000 di Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara setahun dan denda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri wang tunai RM200,000 dalam milikan majikannya pada minggu lalu.

Majistret, Siti Nurhidayah Mohd. Noor menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhd. Fairul Fizree Abdul Hamid, 38, setelah tertuduh mengaku bersalah dan disabitkan dengan kesalahan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Mengikut pertuduhan, Muhd. Fairul Fizree dan dua lagi lelaki didakwa secara bersama mencuri wang tunai RM200,000 dalam milikan majikannya iaitu syarikat Kawal Wiramas Sdn. Bhd. di sekitar lampu isyarat Taman Kristal, di sini kira-kira pukul 10.34 pagi, 19 November lepas.

Majistret, Siti Nurhidayah dalam penghakimannya memberitahu, hukuman mengambil kira kesalahan yang dilakukan tertuduh sebagai seorang yang memikul tanggungjawab terhadap majikannya, namun mengingkari amanah itu.

“Hukuman ke atas tertuduh mengambil kira amanah dan integriti yang dikhianati walaupun wang itu dikembalikan, selain faktor kepentingan awam sebagai satu pengajaran,” katanya.

Beliau turut memerintahkan agar tertuduh dipenjara 12 bulan sekiranya gagal membayar wang denda berkenaan.

Terdahulu tertuduh yang diwakili peguam, Mohd. Khairul Afizuddin Ramli memohon agar hukuman diringankan kerana anak guamnya mempunyai pendapatan RM1,500 sebulan dan menanggung anak kepada seorang kakak yang kudung kaki serta perlu menjalani dialisis.

Dalam prosiding sama, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R. Jayasri mengemukakan beberapa bahan bukti termasuk wang tunai RM200,000 tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI