fbpx

Orang terima, beri rasuah masuk neraka’ – Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dicky Rahmat

SHAH ALAM – Seorang bekas pengurus Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) diberikan peringatan keras bahawa amalan rasuah adalah amat dilarang dalam Islam dan kesalahan itu menyebabkan memasuki neraka.

Amaran itu diberikan Hakim Mahkamah Sesyen Datuk Mohd. Nasir Nordin sebelum menjatuhi denda sebanyak RM50, 000 kepada tertuduh, Dicky Rahmat Abdullah, 50, yang mengaku bersalah atas enam pertuduhan pilihan menerima wang tunai sebanyak RM50, 300 untuk dirinya.

Mahkamah turut memerintahkan penjara selama 36 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Selain itu, rampasan wang RM60, 000 dilucutkan kepada kerajaan Malaysia melalui Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hakim Mohd. Nasir dalam penghakimannya berharap tertuduh tidak mengulangi perbuatan tersebut lagi.

“Rasuah adalah dilarang dalam agama Islam. Orang yang terima dan beri rasuah, kedua-duanya masuk neraka,” tegasnya.

Mengikut kesemua pertuduhan, Dicky Rahmat didakwa menerima wang tunai berjumlah keseluruhan RM50, 300 daripada seorang lelaki berusia 54 tahun termasuk menerusi pindahan atas talian antara dua akaun bank syarikat berlainan.

Bapa kepada empat anak tersebut melakukan kesalahan berkenaan di sebuah cawangan bank di Bandar Baru Klang dan Dataran PHB Seksyen U2 antara 22 Ogos 2021 hingga 16 Oktober 2022.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan denda tidak melebihi RM50, 000 bagi setiap pertuduhan.

Peguam Najib Zakaria dan Diar Isda Yazmin Ismail memaklumkan bahawa ini merupakan kesalahan pertama tertuduh dengan anak guamnya adalah penanggung tunggal keluarga.

“Ketika ini, anak guam bekerja sebagai freelance dengan dua anaknya sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan dua lagi merupakan pelajar sekolah..

“Selain itu, isterinya tidak bekerja dengan anak guam juga menanggung ibu bapa yang uzur,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muaz Ahmad Khairuddin menjelaskan pengakuan salah tertuduh adalah bersifat pilihan dan mahkamah perlu mengambil kira keseluruhan fakta sebelum menjatuhkan hukuman.

“(Lagipun) hukuman setimpal akan menjadi pengajaran kepada tertuduh dan peringatan kepada pihak di luar sana.

“Kami mohon juga wang rampasan RM60, 000 dilucutkan hak kepada kerajaan Malaysia melalui SPRM,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI