fbpx

MARA Inc beli hartanah terlebih nilai di London, Melbourne – PAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendapati MARA Inc melakukan pembelian hartanah yang terlebih nilai iaitu di London, United Kingdom pada 2014 serta di Melbourne, Australia pada 2013.

Hartanah di London itu membabitkan Beaumont House, manakala di Melbourne pula ialah Dudley International House, 51 Queen Street dan 333 Exhibition Street.

Pengerusi PAC Parlimen, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, Kementerian Kewangan (MOF) tidak meluluskan pembelian tersebut.

“Bagaimanapun Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) telah merayu dan perkara ini telah dibawa kepada Majlis Ekonomi, yang kemudiannya memberi kelulusan pada tahun 2013.

“Kes pembelian hartanah terlebih nilai di Melbourne, Australia telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kini, masih dalam perbicaraan mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perkara berkenaan merupakan antara penemuan PAC yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada hari ini.

Sehubungan itu, katanya, PAC mengesyorkan KKDW, Majlis Amanah Rakyat (Mara), MARA Corporation Sdn. Bhd. (MARA Corp) dan MARA Inc perlu memastikan cadangan pelaburan sama ada dalam dan luar negara termasuk pemerolehan aset yang bernilai tinggi seperti hartanah mematuhi dasar terkini kerajaan dengan memberi keutamaan dalam pelaburan domestik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI