fbpx

Mansuh peperiksaan kurangkan tekanan murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Langkah Kementerian Pendidikan (KPM) memansuhkan pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan adalah sebagai usaha mengurangkan tekanan dalam kalangan murid.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, sehubungan itu KPM memberi tumpuan pembelajaran antaranya berasaskan ‘inquiry’ (pertanyaan), eksplorasi, pengalaman, contextual (mengikut konteks) serta pentaksiran yang sepenuhnya melihat kepada pembangunan holistik murid,

“Anak ini akan diberi pembelajaran berdasarkan konten dan pengalaman, sekali gus bukan peperiksaan semata-mata.

“Pentaksiran bilik darjah akan berikan satu tanda aras lebih baik khusus untuk melihat dan menilai anak kita dengan lebih holistik.

“Ini melibatkan komponen pentaksiran bilik darjah, jasmani, sukan dan kurikulum dan juga psikometrik serta kecenderungan murid,” katanya menjawab soalan tambahan Tan Kar Hing (PH-Gopeng) di Dewan Rakyat, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI