fbpx

Lelaki bunuh ibu simpan mayat dalam peti sejuk tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang membunuh ibunya tiba di Kompleks Mahkamah Lumpur sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki tempatan yang membunuh dan tergamak menyimpan mayat ibunya dalam peti sejuk beku sejak tahun 2021 tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.

Suspek yang berusia 50-an itu tiba pada pukul 9.30 pagi di mahkamah dengan diiringi anggota polis.

Difahamkan pertuduhan terhadap suspek akan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret di sini.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu adalah hasil kertas siasatan yang telah dirujuk Jabatan Peguam Negara (AGC).

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini, sebanyak 13 rakaman percakapan saksi telah dirakam untuk membantu siasatan.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang lelaki tergamak membunuh ibu sendiri dan menyimpan mayatnya di dalam peti ais sejak tiga tahun lalu dalam kejadian di Jalan Hujan Abu 6, di sini.

Difahamkan suspek lelaki berusia 50-an membunuh wanita berusia 80-an itu di kediamannya pada Mac 2021.

Mangsa yang mati dipercayai akibat dipukul itu meninggal dunia sebelum dibalut dengan tuala dan plastik dan diletakkan di dalam peti ais tersebut. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI