fbpx

Johor rancang bina empat LRA baharu bagi industri pusat data

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Fazli

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan negeri menerusi Ranhill SAJ Sdn. Bhd. merancang untuk membina empat Loji Rawatan Air (LRA) baharu dengan anggaran kos RM1.41 bilion bagi memenuhi permintaan bekalan air industri pusat data di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur, dan Komunikasi Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, langkah itu bagi memastikan bekalan air domestik sedia ada tidak terganggu.

Katanya, empat LRA itu melibatkan dua di daerah Kulai serta masing-masing satu di Johor Bahru dan Pontian.

“Dua LRA di Kulai iaitu LRA Semangar bernilai RM70 juta dan berkapasiti 50 Juta Liter Sehari (JLH), manakala LRA Semangar 3 pula berkapasiti 200 JLH akan dibina dengan kos RM990 juta.

“Sementara itu, LRA Layang 2 Fasa 2 di Johor Bahru pula melibatkan kos RM200 juta dengan kapasiti 160 JLH, manakala LRA Kayu Ara Pasong di Pontian pula bernilai RM150 juta dan berkapasiti 90 JLH,” katanya ketika sesi soal jawab lisan di Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Haslinda Salleh (BN-Tenang) berhubung langkah diambil kerajaan negeri bagi mengatasi gangguan bekalan air di negeri ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI