fbpx

Individu minta Shuib cari isteri lain, Watie mengucap panjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dituduh punca perubahan sikap pelawak Shuib, isterinya, Watie Hanifiah hanya terkedu dan mampu mengucap panjang mendengar dakwaan tersebut.

Watie atau nama asalnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, tidak melenting sebaliknya berdoa agar Allah memelihara hati setiap manusia.

“Dapat banyak mesej langsung (DM) pagi ini, ramai hantar video ini kepada mummy (panggilan Watie). Bila tengok mengucap panjang sahajalah yang mampu.

“Semoga Allah sentiasa pelihara hati kita,” katanya dalam sebuah hantaran Instagram.

Dalam masa sama, Watie sempat berkongsi petikan kata-kata sahabat Nabi Muhammad SAW iaitu Ali Abi Thalib: “Janganlah engkau mengucapkan perkataan yang engkau sendiri tak suka mendengarnya jika rang lain mengucapkannya kepadamu.”

Kenyataan tersebut diluahkan selepas seorang individu memuat naik video dalam TikTok meminta pemilik nama sebenar Shahmira Muhammad, 40, mencari isteri baharu kerana Watie telah mengubah sikapnya.

“Aku nasihatkan tukar bini baru, cari yang lebih solehah.

“Ops, kau tak layak dapat yang solehah sebab kau pun 2×5 (sama),” ujar individu terbabit.

Berdasarkan pemerhatian Kosmo! Online, video tersebut sudah dipadam dalam aplikasi TikTok. – KOSMO! ONLINE



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI