fbpx

Hujan lebat, angin kencang badai empat negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak sehingga pukul 7 malam ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, MetMalaysia memaklumkan bahawa negeri-negeri yang terlibat termasuk Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak dan Sabah.

“Di Negeri Sembilan, cuaca buruk dijangka melibatkan kawasan Port Dickson dan Rembau, manakala di Melaka, seluruh negeri dijangka terjejas dengan hujan lebat dan ribut petir,” katanya.

Tambahnya, bagi Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Sri Aman, Betong, Miri (Telang Usan dan Marudi), serta Limbang.

Sementara itu, di Sabah, kawasan Pedalaman seperti Sipitang, dan kawasan di Tawau meliputi Tawau, Kunak, serta Semporna, dijangka turut terkesan.

Orang ramai di kawasan yang terlibat dinasihati untuk mengambil langkah berjaga-jaga berikutan risiko berlakunya banjir kilat dan pokok tumbang akibat angin kencang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI