fbpx

F1: Verstappen kekal kejuaraan keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN berjaya mengekalkan kejuaraan dunia buat kali keempat berturut-turut biarpun terpaksa melalui musim yang sukar. - AFP

LAS VEGAS – Pelumba Red Bull, Max Verstappen nyata puas apabila meletakkan nama sebaris dengan legenda Formula Satu (F1) apabila sah bergelar juara dunia buat kali keempat berturut-turut selepas berakhir Grand Prix (GP) Las Vegas kelmarin.

Verstappen yang kini berusia 27 tahun mengakui kejayaan pada musim ini cukup manis untuk dikenang selepas mendapat tentangan sengit daripada pelumba McLaren, Lando Nooris.

Namun, pelumba kelahiran Belanda itu percaya gelaran dunia musim 2023 masih lagi yang terbaik dalam kariernya .

“Selepas mengharungi musim yang panjang, saya dapat bergelar juara dunia sekali lagi dan sudah tentu saya sangat gembira terutama selepas pasukan mengharungi fasa turun dan naik.

“Secara jujur, kejayaan musim 2023 masih lagi menjadi kegemaran saya kerana kita begitu dominan apabila menang 19 perlumbaan, tetapi situasi sedikit berbeza pada musim ini,” katanya.

Selain Verstappen, beberapa pelumba terbaik dalam sejarah F1 seperti Juan Manuel Fangio, Alain Prost, Michael Schumacher, Sebastian Vettel dan Lewis Hamilton turut meraih kejayaan bergelar juara dunia empat kali berturut-turut sebelum ini.

Sementara itu, Verstappen enggan memikirkan tentang masa depannya sebaliknya mahu fokus meraikan kemenangan setelah mengharungi musim yang sukar.

“Saya belum terlintas mengenai perkara itu (berhijrah ke pasukan lain). Buat masa ini saya mahu meraikan kejayaan bersama pasukan dan menamatkan baki dua perlumbaan musim ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI