fbpx

Empat cedera termasuk anggota TLDM dalam nahas di Sungkai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit termasuk anggota TLDM dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Jalan Besar Sungkai, Tanjung Malim pada pukul 10.16 malam semalam. - Foto IHSAN JBPM

TANJUNG MALIM – Empat individu termasuk tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) cedera dalam nahas melibatkan dua buah kenderaan berdekatan sebuah stesen minyak di Jalan Besar Sungkai di sini pada pukul 10.16 malam semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kemalangan membabitkan kereta Proton Persona yang merupakan kenderaan jabatan dan kereta jenis Toyota Vios.

“Terdapat tiga mangsa di dalam Proton Persona dengan seorang daripada mereka tersepit di bahagian pemandu sementara dua lagi cedera di kaki dan badan.

“Seorang mangsa dalam Toyota Vios pula cedera manakala seorang lagi tidak mengalami kecederaan. Anggota bomba menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI