fbpx

Dua maut nahas tiga kenderaan di Pekan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kenderaan yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut di Kilometer 3 Jalan Pekan-Kuantan di Pekan hari ini.

PEKAN – Dua termasuk seorang warga emas maut dalam kejadian kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 3, Jalan Pekan-Kuantan di sini hari ini.

Nahas melibatkan trak pikap jenis Mitsubishi Triton, kereta Proton Saga dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza.

Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian pukul 11.05 pagi ialah pemandu trak pikap, Azuwan Zainal Abidin, 35, dan pemandu Proton Saga, Raja Mustafa Shah Raja Jalil Shah, 71.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd. Zaidi Mat Zin, semasa kejadian, trak pikap itu dipandu dari arah Pekan menghala ke Kuantan, manakala Proton Saga dan Toyota Avanza pula dari arah bertentangan.

“Setibanya di lokasi, trak pikap dipandu Azuwan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan melanggar Poton Saga dipandu warga emas berusia 71 tahun.

“DIsebabkan jarak terlalu dekat, Toyota Avanza tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian belakang Proton Saga,” katanya hari ini.

Ekoran nahas tersebut, pemandu trak pikap dan Proton Saga cedera parah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Pemandu MPV tidak cedera dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI