fbpx

Cuaca buruk landa beberapa negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Semenanjung, Sabah, dan Sarawak sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan, beberapa negeri yang dijangka terjejas termasuk Negeri Sembilan, Melaka, Sarawak, Sabah, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Negeri Sembilan dijangka mengalami cuaca buruk di kawasan Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin. Melaka turut berisiko terjejas oleh hujan lebat dan ribut petir.

“Bagi Sarawak, kawasan yang dijangka dilanda cuaca buruk meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sibu, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya.

Sementara itu, di Sabah, kawasan pedalaman seperti Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau, serta Pantai Barat di Papar dan Sandakan turut diramal terjejas.

Wilayah Persekutuan Labuan turut mengalami hujan lebat dan angin kencang ini petang ini.

Orang ramai di kawasan-kawasan yang terlibat dinasihati untuk berhati-hati terhadap kemungkinan berlakunya banjir kilat dan pokok tumbang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI